lukaku..
Friday, September 3, 2010
luka..
jari ku yang luka berdarah..
akibat cermin yang aku sendiri pecahkan..
seluka hati yang berdarah..
akibat aku sendiri yang melukainya..
entah..
knapa mesti aku..
aku adalah punca kepada masalahku..
tiada yang perlu dipersalahkan..
semuanya adalah diriku..
bila terluka..
tentulah tersiksa..
siksa menahan luka..
sakit menahan siksa..
dan inilah perjuangan..
'jangan sekali-kali kau alirkan..
titisan jernih itu jika kau..
mujahidah..'
itulah kata2 yang ku pegang erat sejak
melangkah kealam remaja..
namun..
aku pernah tergelincir..
lalu jatuh..
akhirnya..
mengalir juga..
titisan berharga itu..
terngiang kata2 ibu..
'kau ibarat puteri hujan'
kerana seringkali aku mengadu
kesakitan itu..
pada siapa lagi yang boleh ku adukan..
jika bukan pada mu duhai ibu..
sejak itu,
aku tidak lagi menunjukkan kesakitan itu..
aku tidak mahu lgi dikatakan sebagai puteri hujan..
kerana itu..
aku bawa semua emosiku..
yang pilu..
dan akhirnya..
aku tidak mampu untuk menahannya..
lalu pada siapa harus ku nyatakan..
sepatutnya pada Ilahi..
tetapi..
aku masih mencari hamba..
aku mencari insan..
yang sering lupa dan alpa..
aku pinta seorang insan..
yang menjadi tempatku mengadu..
tetapi aku tidak adukan kepada Ilahi..
aku alpa!!
aku jahil!!
aku buta!!
kerana tidak nampak kebesaranNya..
namun..
Maha suci Allah..
makbulkan doaku..
dengan mengilhamkan sebuah sekolah..
yang mendorongku kepadaNya..
dan ku temui seorang insan..
insan ini..
menjadi tempatku..
bersuka dan duka..
sehingga aku lupa pada Pemberinya..
aku alpa lagi..
akhirnya..
Sang Pemberi mengambilnya kembali..
itu hak Ilahi..
aku harus redha..
kerana..
ini adalah atas kelalaianku..
Ya Rabb..
ampunkan diri ini..
dimalam yang sepi ini..
aku bermonolog sendiri..
kau sahaja yang mengetahui hati kecil ini..
saat ini..
aku terfikir..
bila pandang kelangit..
nampak awan..
bintang..
bulan..
matahari..
tapi..
kita terlupa untuk pandang kebumi pula..
yang merupakan asal kejadian kita..
rumput..
tanah..
juga kebesaran Ilahi..
ingatlah..
bila pendang diri sendiri juga..
ada kebesaran Ilahi..
betapa hebat penciptaannya..
Ya Allah..
aku sangat bersyukur padaMu..
kerana terpilih untuk lahir dibumi ini..
dari beribu ovum yang terhasil..
dari berjuta sperm yang tersebar..
dari berpuluh chromosom yang tercipta..
dari beratus kemungkinan untuk aku hidup dibumi ini..
aku bertambah bersyukur lagi..
kerana..
aku terpilih untuk lahir sebagai Islam..
seperti firman Allah yang bermaksud..
“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” [Al-An’aam: 125]
Subhanallah..
maha suci Allah..
aku sangat bersyukur berada dalam agamaMu..
ampunilah diri ini..
Ya Ilahi..