ANA MULAKAN DENGAN LAFAZ MULIA BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
AHLAN WASAHLAN..
SELAMAT DATANG KE RUANGAN INSAN KERDIL BERKATA-KATA INI..

SESUNGGUHNYA..
YANG BAIK ITU DARI ALLAH..
YANG KURANG ITU ADALAH KELEMAHAN ANA..WASSALAM..

apa itu jihad?? (copy je)

Tuesday, September 14, 2010

Apa itu JIHAD ?

( Antara Janji Allah dan Maksud hidup)

Nota; Entry aku ini di tulis tanpa mewakili mana mana parti, kumpulan, pertubuhan, gerakkan, atau mana mana negara..., jika nak komplen dan kutuk, sila komplen aku sorang sajer, jangan libatkan orang lain.. insyAllah.

*********

Copy/paste email

assalamualaikum hamka

aku antara org yg selalu bca blog ko..

komen aku:blog ko besla.. ada antara posts tu mmg tkesan kat hati..cuma bhati2la bila mggunakan hadith..
elakkn mrujuk/b'amal dgn hadith maudu' n sgt dhaif..
(aku pun budak baru belajar jugak)

aku nk buat cadangn spya ko buat post psl jihad

ramai x sedar ttg perlunya kt bjihad..
sumenya dah dibawa arus kononnya kemodenan barat..
Aku rindu sgt utk zaman kebangkitan Islam..
zaman Rasulullah, empayar2 besar Islam, Salahuddin Al-Ayubi, penawanan Constantinopl(Sultan Muhammad Al-Fateh)...

Tp memang la.. klu nk mmbina empayar, aqidah setiap org Islam perlu dimntapkn dulu.. itulah yg Rasulullah lakukan slama 23 tahun.. kemudian, lpas aqidah dah mantap, barulah bole bina empayar Islam.. klu nk compare skrg ni mmg kt org Islam berada dalam zaman jahiliyyah(masa zaman seblm Rasulullah).. malah mgkin lg teruk lg.. bunuh anak pun ada zaman ni, homoseksualpun ada zaman ni dan macm2 lg (naudzubillah min
zalik!)

Assyahid Syed Quttub sndiri sbb bsemngt sgt utk bjihad, beliau ckp klu nk pergi bijihad ambillah tulang belakangku n bakar utk dijadikn obor.. wallahua'lam..


aku hnya bg cadangn sbb aku tgk ramai gak org yg suka baca blog ko.. insyaAllah, mana la tau
ko bole jd antara org yg dpt mnimbulkn smngat jihad dikalangn org Islam, dikalangn remaja2 mudamudi khususnya yg smakin ari smakin hanyut dgn dunia..

sgala y baik dr Allah n yg buruk dr Allah juga tp atas kelemahn aku yg hina..

wassalamualaikum


End:

***********

Aku kata (selepas menjawab salam):

Huh! tingginya harapan....
Aku adalah seorang yang jahil ugama…
Andainya malaikat itu ada sifat penat lelah.., tentu mereka akan penat menulis dosa dosa aku..
Tentu mereka boring dengan Taubat yang aku mungkiri.. oh!…isk..isk..

Tapi hakikatnya malaikat tidak pernah penat dan tidak akan penat kerana mereka adalah pekerja pekerja Allah yang telah di takdirkan begitu…

Aku tidak perlu terlalu 'meminta maaf' kepada malaikat-malaikat itu, sebaliknya aku teramat sangat perlu bahkan wajib untuk meminta ampun dari Allah YaNG Maha Pengasih lagi maha Penyayang..

Dan aku tahu, sayangNYa Allah kepada HambaNya adalah berlawanan dengan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya..

Sayang seorang ibu, anak-anak di manjakan dan tidak ingin langung anaknya menderita walaupun setakat di gigit oleh seekor anak nyamuk…

Namun, Sayang Allah kepada kekasihNYA.., Dia sanggup melihat Para nabi Alahisallam menderita kelaparan, cedera di baling batu, menangis dalam kesejukkan malam, tidur berbantalkan lengan…, di sepak dan di terajang, di sikat dengan sikat besi dan di gergaji, darah dan air mata terus mengalir…

Dan aku hari ini, belajar menulis tentang DIA dan Akibat serta menafaat dari DIA!!!

Aku berharap agar niat menulis ku bukan untuk Nama, pujian, sangjungan , kebagusan dan kemegahan…

Aku sedang belajar menulis ‘ILMU ILMU’ yang aku kutip sepanjang perjalanan baki umurku sebelum naik keretamayat dalam sebuah 'nota' yang ‘hebat’…, maksud aku nota ini boleh di baca oleh semua orang, boleh di puji dan boleh di caci…

Aku tidak meninggalkan harta untuk anak dan isteriku…, yang ada hanyalah pesanan, nasihat dan sedikit kritikkan serta banyak jugak yang merepek datang dari nafsu serakahku.., aku tinggalkan isi blog ini kepada mereka yang sudi menerima kewujudan aku dan sering mengdoakan aku dengan kasih dan sayang…

Terima kasih kepada mereka yang pernah memuji, pernah mengkeji, memarahi dan menyumpahi, hey!! Aku banyak jugak belajar dari setiap komen korang.., tahniah dan terima kasih.. i love u!

Namun yang pasti, mutu ugama dan tahap iman dalam diri aku ini adalah ..(oh, tak sanggup aku nak tulis..,) sebenarnya masih banyak amalan munafikkin yang aku buat…, selemah lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, tapi aku…, tumit kaki terhentak hentak pabila terdengar bunyi muzik di alunkan..oh!

Sudah setahun aku menulis blog ini, dan nampaknya perkara yang PATUT aku buat masih banyak yang tak terbuat, sebaliknya aku perasan sibuk dengan perkara yang tak PATUT aku buat..huh!!!!

Aku memang makhluk yang tak patut!!!!

Jangan biarkan aku begini sahabat, datanglah jumpa aku dan pimpinlah aku ke jalan yang benar, sementara mereka yang berakhlak mulia sedang berbaik sangka denganku, terdapat pulak mereka yang bodoh sombong bersangka buruk padaku.., aku..memang burhok!!!

Aku memang burhookkkk….

Walaupun aku buruk, izinkan aku menulis dari sudut pandangan seorang yang bukan ustaz ini, tentang sesuatu yang amat besar kemaslahatan dalam ugama, yang telah di salah ertikan oleh cerdik pandai dan bodoh bangang, (macamlah aku pandai..) yang akibatnya perpecahan kepada 72 golongan dan semuanya masuk Neraka!!!!

Semoga aku dan korang tidak termasuk ahli Neraka…. AMIN!!!!!!!

Aku nak menulis tentang JIHAD….

Lalu aku mengengamkan tangan kananku dan meluruskan jari telunjukku ke wajah korang dan bertanya dengan nada angkuh!!!

“APAKAH ITU JIHAD?”

“ADAKAH KORANG SUDAH DI KIRA BERJIHAD?”

“BENARKAH KORANG SEDANG BERJIHAD SEKARANG INI?”

“BENARKAH???”
(sambil jari telunjuk ku menunjal nunjal dahi korang dengan keras dan tegas)

Sebelum aku cerita tentang JIHAD, aku nak melencong sikit tapi arahnya tetap sama, aku rasa korang kena faham dulu tentang erti sebuah keSYUKURan…

Biar aku cerita tentang SYUKUR dengan serba ringkas…, insyAllah..

*******

Korang semua tahu erti SHUKUR adalah berterima kasih kepada ALLAH akan segala NIKMAT…

Akan tetapi, Dalam banyak banyak Nikmat ALLAH, apakah perkara yang paling paling paling PATUT korang SYUKURI?

Kuat?
Korang perasan kuat? Kat Malaysia ni ada mamat yang boleh tarik kapal terbang dengan rambut…, anak perempuanya boleh tarik bas dengan gigi.., kalau korang rasa diri kuat, pergilah cabar mak Atan yang kempunan telur tembakul!! Makcik tu jauh lebih brutal dari korang semua kerana berani masuk batu belah batu bertangkup..cis!! tak payah aku cerita tentang Ummat nabi terdahulu punya kuat sehinggakan boleh cabut pokok dengan tangan, belah batu dengan tangan…. Wow!

Kaya?
Jangan nak berlagak hebat.., Bill Gates, Donald Trump, Firaun, Namrud, dan Qarun, adalah jauh lebih kaya dari korang…pintu rumah mereka di buat dari emas…, setakat pintu pagar automatic, baik pergi belajar bukak pintu gua pakai password ali baba…he he he!

Hendsome dan jelita?
Dari jauh macam DJ Dave, dari dekat macam 'beruk sedih', baik tak payah aku cerita panjang…

Kuat berzikir?
Kaum terdahulu lagi hebat depa punya berzikir pada Allah, sehinggakan sang burung boleh buat sarang dalam janggut… wah wah wah.., ummat ni bukannya ummat ibadat..

Kuat Solat?
Kaum terdahulu bila solat, sujud punya sujud atas batu, sehinggakan batu boleh melekuk, perghhhh…!!! Boleh buat peribahasa baru ni..(hmmm)

Perhatian, Aku bukan nak argue bila korang bersyukur dengan nikmat hensem, kuat dan kaya, tapi nikmat itu nikmat umum, orang kapirpun dapat.., jadi benda tu taklah hebat sangat.., aku just nak korang fikir akan satu nikmat yang orang lain takde, mereka cemburu pada korang dan nak ambik tempat korang jika boleh, tapi sayang juta juta kali sayang jika kita semua terlepas untuk mengsyukuri nikmat ini!!!

Aku jugak tak bermaksud nak pertikaikan korang punya solat atau zikir yang panjang-panjang, bagus apa!!! Aku nak cerita tentang NIKMAT yang tak ada pada Ummat terdahulu yang patut kotang SYUKURI sesyukur syukurnya!!!

Iaitu.. NIKMAT yang paling korang dan aku patut Syukuri adalah Nikmat menjadi UMMAT AKHIR ZAMAN….!!!!

Kenapa?

Kerana Ummat terdahulu mintak dengan Allah nak jadi Ummat akhir zaman…. Tapi Allah tak bagi, bukan itu sahaja…, Nabi Terdahulupun mintak turun pangkat jadi ummat akhir zaman..

Ini dah pelik?, bayangkan seorang perdana Menteri macam Pak Lah tiba tiba mintak nak jadi pemandu kereta mayat macam aku rakyat biasa, wah wah wah.. tentu ada keistimewaan yang besar di sebaliknya..

Begitulah akan Nabi terdahulu yang faham tentang KELEBIHAN Ummat akhir zaman sehingga sanggup mintak dengan Allah untuk jadi ummat akhir zaman macam aku dan korang!!!

Antara Nabi yang mintak untuk jadi ummat akhir zaman adalah Nabi Ibrahim a,s, tapi Allah tak bagi, maka Nabi Ibrahim a.s mintak supaya namanya di sebut-sebut oleh ummat akhir zaman, maka asbab tu dalam tahiyyat akhir solat, Allah perintahkan korang dan aku selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s….

Nabi Musa a.s jugak ada mintak, Dan Allah tak bagi, maka baginda mintak supaya ummat akhir zaman jadi saksi akhirat kelak bahawa baginda sudah menunaikan hak dakwah kepada Firaun.., itu Allah bagi (rujuk ustaz)

Dan hanya Nabi ISA a.s sahaja yang Allah terima jadi Ummat akhir zaman dan kembali di hujung umur dunia sebagai pengikut ajaran Nabi Muhamad SAW, turun untuk membatalkan kitab injilnya, dan membenarkan kitab Al-Quran…

Jadi tidakkah? korang dan aku patut berasa beruntung dan juta juta punya bertuah kerana Allah telah PILIH kita semua untuk jadi ummat akhir zaman, ummat yang terbaik??
Ini adalah JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

Apakah yang ada pada UMMAT akhir zaman ini yang membuatkan kita JUTA JUTA punya UNTUNG!!!!!

Dalam Al-Quran bagitahu Kemuliaan UMMAT ini bukan dalam harta, dalam pangkat, dalam solat, dalam Ibadat, tapi kemuliaan UMMAT ini adalah dalam kerja Nabi iaitu JIHAD!!!!

Nabi Muhammad SAW bila nak bagitahu akan betapa PENTINGnya perkara ini, sebaik ambil wudhu, baginda terus ke mimbar dan menyatakan hal ini tanpa buat solat sunnat wudhu dan solat sunnat tahyatul masjid…!!!

Dan Baginda bagi amaran bahawa jika perkara ini tidak di buat maka doa orang islam tidak akan makbul. Allah akan murka dan azab akan datang, penjajah yang zalim akan datang menindas orang islam apabila ummat islam mengabaikan JIHAD ini…

Dan tentang JIHAD inilah perkara yang nak aku cerita hari ni..

*******

Apa itu jihad?

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna:
"menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu".

Jihad yang paling besar yang di buat oleh semua Nabi dan rasul adalah:
AMAL MAARUF DAN NAHI ANI MUNGKAR…
Atau dalam bahasa Malaysianya:
Ajak orang kepada Allah, mencegah orang daripada meng-engkari Allah…

Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan Allah..
Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan JIHAD!!!
Berjihad Fi sabililah!!!

-------------

Untuk memudah fahamkan apa yang bermain di benakku ini, biar aku buat dua pecahan:

JIHAD ini terbahagi kepada DUA.

  1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
  2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)

Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Korang faham tak?

Ok, macam ni, maksud jihad Nubbuwah(Kenabian) ini, adalah: ajak manusia kepada Allah.. dan jihad Khalifiah(Pemerintahan) pula adalah bermaksud lebih kepada : munghukum manusia yang engkar kepada Allah..

Jadi jika aku tulis dalam bentuk point:

JIHAD ini terbahagi kepada DUA.

1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
- ajak manusia kepada Allah. (amal maaruf)

2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)
-munghukum manusia yang engkar kepada Allah.. (nahi Mungkar)

Dan aku ulangi:

Bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…
Tapi Semua para Nabi a.s buat kerja Jihad Nubbuwah,

Dan Ummat terdahulu tidaklah mendapat peluang untuk menjalankan kerja Jihad Nubbuwah!!, hanya Ummat nabi Muhammad SAW sahaja yang di berikan keistimewaan JIHAD ini…

Adakah aku dan korang sedang bersyukur atas nikmat JIHAD ini atau sedang terasa beban?

baiklah, Untuk menambahkan lagi akan kememudah fahamman tentang jihad ini, biarlah aku pecah kecil lagikan akan perkembangan maksud Jihad ini kepada dua lagi, iaitu

Jihad Nubbuwah(Kenabian) terbahagi kepada dua.
-Ajak orang kapir masuk islam.
-Ajak orang islam amalkan keseluruhan islam

Manakala, Jihad Khalifiah(Pemerintahan) terbahagi kepada dua juga.
-Menghukum orang kapir yang berdamai dengan Ghizyah
-Menghukum orang kapir yang enggan dengan perang!!

Tentang dalil, korang boleh rujuk Al Quran dan hadith, untuk jihad Khilafiah yang merangkumi tentang Ghizyah, dan perang, aku rasa korang takde masalah tentang JIHAD Khalifiah ini.., kerana ini yang biasa di war warkan…

(rujuk:At-Taubah:29)

Dan untuk Dalil Jihad Nubbuwah pulak, jika korang dengan rajinnya dan dengan rendah dirinya mencari, maka korang boleh jumpa ayat seperti:
“wahai manusia, berimanlah kepada Allah”-ayat ni di tujukan kepada orang kapir..
Manakala ayat seperti :
“wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah”-ayat ini pulak di tujukan untuk orang islam…

Maka jika korang dan aku rujuk Hadith pulak, maka korang boleh dapat nasihat dari nabi kepada Jema’ah yang di bentuk untuk berjihad lebih kurang maksud:

1, Ajaklah mereka masuk islam.

2, Jika Mereka dah masuk islam suruhlah mereka berhijrah ke sini(madinah) untuk belajar ugama.
3, Jika mereka enggan, maka perintahkan mereka membayar Ghizyah dan mereka akan mendapat jaminan keselamatan seperti orang islam yang lain
4, Jika mereka enggan jugak, perangilah mereka tapi jangan bunuh anak kecil, jangan rosakkan mayat dan jangan buat itu ini
(dan lain lain –rujuk ustaz)

Persoalannya sekarang, Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja Jihad Khalifiah? Baginda hanya membuat jihad Nubbuwah..

Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?

DAN Kenapakah tidak semua para Nabi Nabi a.s mendapat peluang membuat kerja Jihad Khilafiah? Tapi yang pastinya mereka semua membuat kerja jihad Nubbuwah..

Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Khalifiah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir dan berperang pabila mereka enggan?
(suara latar: takde)

Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
(suara latar: pun takde)

Ok, aku kecikkan skop..

Ada tak kumpulan so call islamic yang menjalankan kerja jihad Khilafiah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir dan berperang apabila mereka enggan?
(suara latar: lagilah takde)

Dan ada tak Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( setahu aku … takde -sebak)

Takde???? Habis yang korang sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Benarkah korang sedang berjihad???

Ok, aku tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)

Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)

Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Berjihad membesarkan rumah?
Berjihad membesarkan kereta?
Berjihad membesarkan pangkat?
Berjihad membesarkan dunia?
Berjihad membangunkan ekonomi negara?
Berjihad mendapatkan Negara islam?
Berjihad menumbangkan orang islam yang lain?

Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Bida’ah demi Bida’ah mendapat tempat
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…

Perti demi parti di tubuhkan manun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?

Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?

Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?

Jawapannya..

Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan JIHAD NUBBUWAH ini!!!!….

Bukan itu sahaja, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah dan menindas orang islam, menghina orang islam dan pada waktu itu, doa orang islam tidak lagi makbul malahan dosa tidak lagi di ampunkan sehinggalah ummat islam itu kembali menjalankan kerja JIHAD NUBBUWAH ini….!!!

Malahan, Allah sanggup membiarkan anak anak kecil orang islam terbunuh supaya bila besar kelak tidak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Malahan, Allah sanggup membiarkan ibu ibu dan wanita wanita orang islam terbunuh supaya tiada lagi generasi yang di lahirkan kelak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Dan aku sendiri juga adalah seorang daripada bapa bapa mereka..oh!!

(Hujanpun turun dengan lebatnya mengalir bersama darah darah dari mayat mayat orang islam..)

. . . . .

Hari ini korang mengaku telah membuat JIHAD Khalifiah, akan tetapi… tahukah korang? bahawa JIHAD khalifiah itu tidak akan mendapat pertolongan dan restu dari Allah jika korang mengabaikan JIHAD Nubbuwah ini…?

Aku ulangi, Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Dan ummat islam hari ini di beri Nikmat dan tanggungjawab untuk membuat JIHAD Nubbuwah dan jihad khilafiah…, ini adalah KURNIA bukan HUKUMAN!!!

Adakah kita sedang mengsyukuri nikmat ini, atau sedang mengengkari?

Ketahuilah… hanya orang yang layak sahaja di benarkan untuk membuat jihad Khalifiah..

Di Mekkah pernah ada sahabat Nabi yang offer untuk berparang, tapi nabi bagitahu supaya bersabar dan buat kerja dakwah macam biasa… masa belum tiba..

Di madinah pula, melalui Nabi sendiri ada orang yang di uzurkan oleh nabi Muhammad SAW untuk menyertai jemaah JIHAD Khilafiah..

Hanya orang yang layak sahaja boleh buat kerja JIHAD KHILAFIAH ini..

Tapi tiada sorang Ummatpun yang di uzurkan oleh Nabi SAW untuk tidak membuat JIHAD Nubbuwah!!!

Semua sahabat Nabi s.a.w buat ini kerja, kanak kanak sekecil Anas RA dan seremaja Ali RA pun buat, Amar Jamuh RA yang tempang juga buat, Abdullah Mat tom yang tua dan buta, orang orang perempuan, makcik makcik, nenek datuk, cucu cicit, kaya miskin, hamba dan tuan hamba, hensem dan burok, semua diperintahkan oleh nabi untuk buat jihad NUBBUWAH INI!!! Semua!!! Takde yang terkecuali, sampaikan Abdullah Ubai (orang munafik) pun ‘terpaksa’ buat..oh!

Maka korang dan aku pada hari ini, langsung tidak boleh bagi alasan untuk mengelakkan diri dari membuat JIHAD Nubbuwah ini, sekiranya korang membisu terhadap kerja JIHAD Nubbuwah ini maka korang telah menarik MURKA ALLAH, membuatkan doa korang tidak makbul, membiarkan dosa korang tidak terampun dan raja yang zalim akan memerintah kamu..(rujuk hadith)

Lalu apabila datang pemerintah yang zalim, maka korang mula berjihad KHALIFIAH menentang pemerintah dan Allah terus menganti pemerintah itu dengan pemerintah yang lain berkadar dengan kerja Nubbuwah yang korang abaikan hari ini..

Dulu belanda lepas tu Britsh, lepas tu jepun lepas tu pulak bintang tiga dan la ni pun korang masih menentang orang islam, dan korang masih menentang dengan Jidad khalifiah korang kononnya dan menenetang dengan cara Yahudi sedangkan korang telah abaikan JIHAD Nubbuwah maka Allah boleh mengganti Kerajaan sedia ada sekarang dengan Kerajaan DAJJAL yang sebesar besar BATIL!!!! Dan boleh gantikan korang dengan kaum lain yang mencintai Sunnah rasul yang sebenar!!!

Dan sedarlah diri tu sikit, kesalahan terbesar ummat islam hari ini adalah mengabaikan JIHAD Nubbuwah iaitu mengabaikan serta lupa untuk menyeru orang kapir kepada ugama islam dan malas serta tak sanggup bersusah payah ajak orang beriman supaya bertaqwa….

Buktinya, paling dekat.., masjid masih banyak yang kosong…

Dulu apabila Abu bakar RA masuk islam, terus bertanya baginda SAW akan apakah kerja yang patut saya buat? (lebih kurang soalan bunyi cam tu)

Lau nabi jawab lebih kurang maksud:
“kerja aku kerja kamu.., atau buat apa yang aku buat” - lebih kurang macam tulah bunyi jawapan dari nabi SAW..

Dan abu Bakar terus buat JIHAD Nubbuwah ini dan telah ajak 6 orang kapir masuk islam pada hari tu jugak..wallahualam-rujuk kitab.

Tapi korang hari ini sibuk buat JIHAD Khalifiah cara Yahudi dan abaikan JIHAD Nubbawah cara Nabi SAW.., korang buatkan seoalah olah Jihad Khalifiah lebih besar dari Jihad Nubbuwah…huh!

Sedangkan nabi sewaktu pulang dari medan JIHAD khalifiah, memberitrahu sahabat lebih kurang maksud bahawa ada JIHAD yang lebih besar lagi dari JIHAD ini.., iaitu JIHAD Nubbuwah, jihad menentang nafsu korang yang tak suka ikut Sunnah dan tak suka ajak orang pada Allah dengan alasan keluarga belum baik, diri sendiri belum baik, huh dah masuk umur 40 tahun pun masih sanggup di tipu setan?!!!

Sesungguhnya jihad Nubbuwah ini sangat besar dan berat ujiannya. Berbanding jihad Khalifiah,. jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk shurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!

Dalam bab jihad Nubbuwah pula, bila kita boleh buat hari ini belum tentu masuk shurga sebab kita masih belum jadi mayat, hari ini boleh buat esok lusa tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena buat jihad Nubbuwah dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad Nubbuwah ini..

Jika menang belum tentu.., jika kalah masuk neraka!!!

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD NUBBUWAH..?
Sesiapa yang ucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH..maka dia layak buat kerja ini..

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD KHALIFIAH?
Korang di serang atau bila kita ada Negara islam..

Lalu korang bagi alasan:…

Ha! Sebab tulah, kami perlu buat JIHAD Khalifiah untut dapatkan Negara Islam, bila ada negara islam maka mudahlah kita buat JIHAD Nubbuwah.., macam nabi bila dah dapat Nagara islam di Madinah bla bla blal bla (rujuk ustaz poitik)

Aku kata:
Korang jangan buat SEKUTU dengan ALLAH, adakah ALLAH perlu kepada sebuah Nagara untuk islamkan orang kapir dan Taqwakan ummat islam?
Adakah ALLAH itu perlu kepada NEGARA untuk Bantu sebarkan hidayat?
ALLAH ITU TUNGGAL DAN ALLAH BENCI KEPADA SEKUTU!!!

Hadith Qudsi: Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Barangsiapa melakukan suatu amalan kemudian dia mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya dan meninggalkan sekutunya.” Dalam riwayat yang lain disebutkan: “Maka dia akan menjadi milik sekutunya dan Aku berlepas diri darinya.”

Ingat!! Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Dan Allah tak perlu kepada sebuah Negara mahupun kerajaan untuk majukan ugama Allah!!!
Allah boleh pilih angin ribut buat dakwah, Allah boleh pilih berok buat dakwah Nubbuwah jika korang tak nak…
Ingat, Nabi Sulaiman AS telah memiliki Kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang, tapi ALLAH tak declare ugama sempurna waktu tu..

Tapi ALLAH declare ugama sempurna apabila semua para sahabat RA bangkit buat kerja JIHAD NUBBUWAH yang mana maksud ugama sempurna adalah seperti yang difahamkan oleh saidina Abu Bakar RA iatu, NAbi akan wafat dan ummat ini kena sambung kerja JIHAD NUbbuwah sampai hari kiamat.., nabi tidak akan di hantar lagi!!!

Bukannya bila ada Negara, ugama jadi sempurna…, lagipun jika korang bukak Al-quran korang boleh jumpa ayat ni yang bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa;

Dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka.

Dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. [al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah akan bagi Negara islam kepada ummat islam apabila seluruh ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!! Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapt Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,

ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

Berjihadlah semata mata kerana Allah di Jalan ALLAH…

Dan untuk jadi soleh, kenalah buat JIHAD NUBBUWWAH!!

Semua Nabi buat usaha Nubbuwah dan semua sahabat nabi SAW buat usaha JIHAD NUBUWWAH… Nabi SAW buat usaha Nubbuwah selama 13 tahun di Mekkah masa tu turun ayat guna geleran “wahai manusia” tapi bila iman sahabat dah mantap dan bila mereka berhijrah ke Madinah kerana Perintah Allah, maka Allah telah iktiraf iman mereka lalu turun ayat dengan gelaran “wahai orang yang beriman”..

Senang cerita, Nabi SAW dan sahabat RA buat usaha atas iman dengan kerja JIHAD Nubbuwah ini selama 13 tahun maka Allah tunaikan janji DIA dengan bagi Negara islam… iaitu Madinah.

Dan bila dah ada Negara islam, dan semua orang islam ketika itu 100% taat perintah Allah ikut cara nabi SAW, dan semua orang islam di zaman itu buat kerja JIHAD Nubbuwah, maka barulah layak mereka buat kerja JIHAD Khilafiayah maka bermualalah zaman kegemilangan islam menguasai dunia…

Tapi tahukah korang? Sejak bila empayar islam itu jatuh merundum?
Ya! bila kerja Nubbuwah hanya ustaz dan ulamak sahaja yang buat, dan tentera islam yang membuat JIHAD khilafiah pulak terdiri daripada mereka yang tak buat JIHAD Nubbuwah.., maka bila askar islam itu tak buat usaha atas iman, maka mereka akan takut mati, dan yakin dengan senjata serta bilangan tentera terus menarik bala ALLAH..
Naduzubillah…

Dan berbalik kepada zaman ini, korang mengaku parti, pertubuhan dan kumpulan korang adalah ahli JIHAD Fi sabillah menegakkan Negara islam, JIHAD KHILAFIAH kononnya, tapi tahun demi tahun, doa tidak makbul dan tiada pertolongan Allah malah mengundang kemurkaan ALLAH kerana JIHAD Nubuwwah korang telah abaikan..

Adakah hidupnya orang kapir atas muka bumi ini hanya bertujuan untuk mati di bunuh oleh kamu orang islam?
Adakah matinya orang kapir itu kelak hanya bertujuan untuk menjadi bahan bakar api neraka?

KASIHANILAH MEREKA….

Mengakhiri entry ini, ada satu lagi yang aku nak cerita tentang JIHAD NUBBUWWAH INI…

Hari ini jika korang ajak orang kapir masuk islam, maka mereka akan menolak dengan menyatakan keburukkan akhlak orang islam sekian sekian, aku mengaku akhlak orang islam sekarang sangat buruk, tertama sekalinya aku, ini adalah di sebabkan iman yang lemah kerana tak buat usaha atas iman, tak buat usaha JIHAD NUBBUWAH..

Maka ada pendapat dari alim ulamak bahawa dakwah terhadap orang kapir di kemudiankan dahulu kerana akhlak orang islam sendiri sangat buruk dan jika dakwah terhadap orang islam dewasa ini tidak di buat maka orang islam pulak yang akan murtad berbondong bondong dan beristigfarlah kamu….

Sebaliknya, apabila semua ummat islam tak kira jahil ke cerdik, kaya atau miskin, hensem atau buruk buat kerja dakwah sesame kita, masing masing pakat ajak pergi masjid, masing masing kembali taat perintah Allah ikut cara Nabi, maka orang kapir akan terkesan dengan akhlak orang islam dan berbondong bondonglah orang kapir masuk islam maka bertasbihlah kamu menuji ALLAH…

Zaman Nabi dulu, Kalau kita tengok selepas 13 tahun Nabi berjihad Nubbuwah (berdakwah) di mekah hanya ada 313 org je yang ikut berjihad khalifiah dalam perang badar, lebih kurang 10 tahun masa berlalu di madinah dan jihad Nubbuwah serta Jihad Khalafiah telah berjalan, maka akhirnya jumlah para sahabat telah berrtambah dan mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang.. (purata seribu orang setahun masuk islam)

Kemudian Nabi bersama 10 ribu orang sahabat nak pergi haji, tapi di halang oleh orang kapir lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah genjatan senjata…, bila berlaku genjatan senjata orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan dah tak ada perang sehinggakan dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah para sahabat Nabi SAW telah mencecah 124 ribuk orang.. (purata seratus ribu orang setahun masuk islam)

Kenapa ?
Kerana semua penduduk madinah dan masyarat islam buat Jihad Nubbuwah sehingga orang kapir datang madinah terus terkesan dengan akhlak orang islam yang sempurna kesan dari usha dakwah Nubbuwah…, maka ketika itu dapat di lihat akan orang-orang kapir telah berbondong bondong masuk islam dan turunlah ayat yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH… (rujuk surah An- nashr)

Namun hari ini, orang islam sibuk buat JIHAD KHILAFIAH yang tak ikut Sunnah Nabi dan mengabaikan JIHAD NUBBAWAH…., jika ada yang mengaku berdakwah sesama islam, ralat pulak sebab guna teknik Bida’ah…, (panjang lagi kalau nak eksplain satu satu bab jihad ni sebenarnya.. )

Akibatnya.. akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan… orang islam telah tinggalkan kerja dajwah… membuatkan orang kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam orang islam dan benci gila dengan orang islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata-rata…kemudian bukan itu sahaja, akibat ummat islam tingglkan Jihad nubbuwah ini maka berbondong bondonglah orang islam murtad dan beristigfarlah kamu semua wahai sahabat termasuk aku sekali..
(astarfrullahulazim..)….

Dan akibatnya lagi, kebanyakkan UMMAT islam hari ini yakin dengan senjata, dengan bilangan, dengan pengaruh, yakin dengan Negara, yakin dengan ekonomi dan segala macam lagi makhluk lain, sedangkan Allah tidak suka kepada sekutu…., dan semua itu membuatkan orang islam terus terheret ke lembah kehinaan.., sedang orang islam berperang sesama sendiri, Allah telah cabut kegerunan orang kapir kepada islam, akibatnya…. Sekali lagi ummat islam terus terheret ke lembah kehinaan, di sembelih dan di bunuh macam binatang…oh!

Orang kapir yang Yakin pada berhala, pada hari akhirat kelak, barhala itu akan di hidupkan oleh Allah lalu datang mengazab orang yang yakin padanya…

Tapi orang islam yang yakin dengan makluk selain dari ALLAh maka sebelum jadi mayat lagi Allah akan datangkan makhluk yang mereka yakini untuk mengazab orang islam..

Orang islam yang yakin dengan senjata boleh menang, Allah akan hantar musuh yang lengkap bersenjata untuk hinakan orang islam..

Orang islam yang yakin dengan adanya Negara boleh menang, Allah akan hantar negara yang zalim untuk hinakan orang islam..

Dan kita tak pernah belajar dari sejarah..oh!!!!

Dan mungkin korang akan persoalkan yang mana jika benar kerja Nubbuwah ini di buat bolehkan islam kembali bangkit sebab nampak terlalu simple, jawapannya adalah: jika korang dan sejuta ummat cuba untuk menegakkan islam, korang tak boleh buat apa apa sebenarnya kerana korang hanyalah makluk yang lemah…

Tapi jika korang yakin yang kerja ini di buat oleh ALLAH, dan untuk memuliakan korang dan aku maka ALLAH gunakan kita, ikut tertib NAbi, maka dengan seorang manusiapun boleh ALLAH kembalikan kegemilangan ISLAM!!!

ALLAH boleh tegakkan kalimah islam tanpa senjata, bilangan tentera, dan Negara!! ALLAH boleh, percayakah kamu????

Tapi korang masih berdalih, masih mencari TAKHTA untuk menegakkan ugama, sanggup mengulingkan orang islam lain dengan alasan mereka tidak layak…, layakkah kamu akan TAKHTA itu..?

DI mekah, NABI SAW pernah di tawarkan dengan TAKHTA, HARTA dan WANITA, dengan syarat NABI tinggalkan KERJA JIHAD NUBBUWAH..

Tapi korang tahu apa NAbi SABDAKAN?

Lebih kurang maksud:
“jika korang mampu letak bulan di tangan kananku, dan matahari di tangan kiriku, aku tetap tak akan tinggalkan kerja ini, sejauh mana korang mustahil letakkan bulan dan matahari di tanganku, sejauh itulah mustahilnya aku daripada berhenti berdakwah!!!
(lebih kurang maksud begitu)

Tapi korang masih berdegil, al maklumlah korang dah buat banyak pengorbanan, lagi banyak korang buat pengorbanan pada benda yang batil lagi susahlah korang nak dapat hidayat…

Perlukah aku mencaci dan memaki korang? Bolehkah aku mencarut pada korang? Jawapannya tidak kerana Allah sahaja yang layak memaki hamba DIA dan ada dalam Al-quran cacian dari ALLAH dengan perkataan 'celaka' dan 'binasa' kepada hambaNYA, sedangkan aku juga seorang hamba yang hina maka aku tak layak untuk caci korang semua yang sama hamba hina dina macam aku jugak apatah lagi akupun belum buat kerja Nubbuwah ini sahaja - pandai cakap sahaja isk isk …,

Sepatutnya aku sambil menangis terus pergi membaringkan pipi kiriku di atas tanah dan korang letakkanlah tapak kaki kiri korang ke atas pipiku.., dan pijaklah hamba yang hina ini kerana tidak buat kerja Nubbuwah.., akan tetapi oleh sebab korangpun tak buat kerja ni maka korang tak layak pijak muka aku, maka marilah kita bersama sama buat kerja ini!!!!

Penutup:
Aku ingat nak tulis akan cara berdakwah kepada orang islam kat sini tapi aku rasa dah panjang sangat dah ni…, aku nasihatkan korang pergi rujuk ustaz dan ulamak akan bagaimanakah teknik berjihad Nubuwwah ini.., Cuma jika korang nak jumpa aku, apa kata korang email aku dan bagi Alamat rumah serta No handphone korang, nanti jika aku berpeluang mengembara ke seluruh Malaysia sempena tahun melawat Malaysia2007 nanti, dan andai di takdirkan Allah aku lewat kampong korang, insyAllah aku call korang dan kita akan bermuzakarah dan buat kerja Jihad Nubbuwah!, boleh insyAllah?!!!

Siapa berani ikut aku? angkat tangan dan silalah email aku!!!

End!

********

Anti Klimath
Sebelum korang berlabuh perut (sign out)…, ada tak korang tertanya-tanya akan bilakah waktunya kerja JIHAD KHALIFIAH ini akan dapat di buat oleh kita ummat islam?

Kata aku yang hina ini, : sekarang, kita semua wajib buat kerja JIHAD nubbuwah ini, nanti bila korang semua orang islam dah buat kerja ini, InsyAllah jadilah kita semua golongan yang soleh.., dan pada waktu tu baru ALLAH tunaikan janji DIA untuk bagi Negara islam, sekarang buat apa ALLAH nak bagi Negara islam kat orang yang tak soleh??? Yang mengosongkan masjid, yang menghina sunnah Nabi kekasih DIA.???.

Tapi aku yakin..jeng jeng jeng.. kerja JIHAD NUBBUWAH ini dan kerja JIHAD KHALAFIAH yang mulia ini akan berjelan serentak apabila munculnya NAbi ISA dan IMAM MAHDI…

Pada waktu tu ada ulamak yang murtad…
Layakkah kita menjadi tentera imam mahdi dan Nabi Isa a.s???

********

Tamat…

Ps: Ada satu pesanan Nabi untuk orang yang berjihad iaitu jangan rosakkan mayat orang kapir kerana marah…wallahu’alam!

dakwah.info

Muntalaq

Zaadut-Taqwa

Angel Pakai Gucci

Muharikah

Soal Jawab - Ustzh Maznah Daud

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP