ANA MULAKAN DENGAN LAFAZ MULIA BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
AHLAN WASAHLAN..
SELAMAT DATANG KE RUANGAN INSAN KERDIL BERKATA-KATA INI..

SESUNGGUHNYA..
YANG BAIK ITU DARI ALLAH..
YANG KURANG ITU ADALAH KELEMAHAN ANA..WASSALAM..

.::*~Halaqah~*::. Forum Komuniti Muslim & Muslimah

Tuesday, September 14, 2010

Halaqah Raudhah => Luahan Hati => Topik dimulakan oleh: wardah_asywak on 11 August, 2009, 06:34:14 PM



Tajuk: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: wardah_asywak on 11 August, 2009, 06:34:14 PM
:)

ana nak mohon pandangan dari sahabat-sahabat..ana ada seorang kawan yang mana dulu kami rapat..tapi sejak minggu lepas dia tiba-tiba tak tegur ana..
ana tak tahu apa salah ana..ana fikir takut dia terasa sebab dia ada tanya ana nak pergi buka puasa atau tak dekat masjid..ana jawab nak tapi tak pandang muka dia sebab waktu tu tengah kusyuk tengok tv..
lepas solat maghrib, ana hulur tangan nak salam dia tapi tak disambut salam ana..dan dia terus pergi..hanya Allah yang tahu apa perasaan ana waktu tu..
sampai sekarang dia tak tegur ana..ana cuba tanya roomate ana dan roomate ana ada kata yang dia ni memang ego..kalau bergaduh memang takkan mengalah..ana buntu sekarang sebab setiap kali bersilisihan faham, ana yang kena mohon maaf dulu dengan dia..
kalau tak akan berlarutan la..roomate ana ada bagi pendapat ikut je rentak dia..tapi ana fikir tak elok masam-masam muka tambahan lagi nak masuk bulan mulia ni kan..tapi roomate ana cakap kita kena ikut rentak dia juga jangan terlampau mengalah sebab nanti dia akan bertambah ego dan tak tahu nak minta maaf dekat orang..
kalau ana nak pergi minta maaf, memang akan tebal muka sebab dia akan buat muka tak suka dengan kehadiran ana..
ya Allah..buntu...................

persoalan sekarang yang bermain dekat hati ana..
  • apa punca dia buat dekat ana macam ni
  • dan apa patut ana buat supaya masalah ni selesai


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: mardhiyyah on 11 August, 2009, 07:31:51 PM
salam...ana cuma bagi pandangan..cuba tanya dengan dia baik-baik, kenapa dia buat macam tu, dan tanya dia secara personal.mungkin, kat bilik dia, semasa roomate dia tak ada kat bilik.dan ana rasa tak salah untuk enti minta maaf dengan dia=)


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: Nuur_Addin_Leen on 11 August, 2009, 08:57:46 PM
hi...
saya rasa saya mengalami isu yg sama macam awak ni.sedih kan apabila kita sentiasa kena beralah dan memohon maaf.tapi biasalah perselisihan faham antara sahabat.sekarang ni saya dan kawan saya tiap2 hari bergaduh.ada2 je yg tak kena.tapi masih rasa sayang lagi dengan persahabatan tu...tu yang still leh bersama.namun hari ini...hati saya dah semakin tawar...sakit yang saya tanggung bagaikan tidak hilang selagi kami masih lagi bersama.ada ketikanya ingin saja dilepaskan persahabatan itu. dan pada hari ini,saya tak tau ke mana arah tujuan persahabatan kami...seolah2 terbentang luas jalan yang terpaksa kami lalui secara berasingan. kerana kebersamaan hanya akan menyakitkan kedua2 pihak...hanya pada Allah saya memohon kekuatan agar ditunjukkan jalan yang benar pada saya dan sahabat saya itu.jika ini terbaik buat kami...maka saya redha...biar terpaksa berasingan...


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: nuer eman on 11 August, 2009, 09:33:02 PM
salam..

sy pun pernah melalui keadaan seperti ini dimana tiba2 jak kawan yg rpat ngan sy buat tak tau dan tak tegur sy lgsung. sy lgsung tak tau apa yg tak kena mgkin sy yg terlepas ckap atau ada hal lain. sprti saudari, sy cuba tnya rakan lain..jawapan yg sama.

sy bg pndgan berdsrkan pglaman ya..saudari patut bersemuka dan tnya apa salah saudari trhdpnya..
kalo btul sahabat tu ego pun cuba mgalah demi silaturrahim sesama muslimah..
skdar mengingatkan saudari dan diri sendiri..
utk berbaik mgkin anda perlu bersabar.
(maaf kalo ada tersilap)


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: Ziarahmenilai on 12 August, 2009, 01:18:29 AM
:)

ana nak mohon pandangan dari sahabat-sahabat..ana ada seorang kawan yang mana dulu kami rapat..tapi sejak minggu lepas dia tiba-tiba tak tegur ana..
ana tak tahu apa salah ana..ana fikir takut dia terasa sebab dia ada tanya ana nak pergi buka puasa atau tak dekat masjid..ana jawab nak tapi tak pandang muka dia sebab waktu tu tengah kusyuk tengok tv..
lepas solat maghrib, ana hulur tangan nak salam dia tapi tak disambut salam ana..dan dia terus pergi..hanya Allah yang tahu apa perasaan ana waktu tu..
sampai sekarang dia tak tegur ana..ana cuba tanya roomate ana dan roomate ana ada kata yang dia ni memang ego..kalau bergaduh memang takkan mengalah..ana buntu sekarang sebab setiap kali bersilisihan faham, ana yang kena mohon maaf dulu dengan dia..
kalau tak akan berlarutan la..roomate ana ada bagi pendapat ikut je rentak dia..tapi ana fikir tak elok masam-masam muka tambahan lagi nak masuk bulan mulia ni kan..tapi roomate ana cakap kita kena ikut rentak dia juga jangan terlampau mengalah sebab nanti dia akan bertambah ego dan tak tahu nak minta maaf dekat orang..
kalau ana nak pergi minta maaf, memang akan tebal muka sebab dia akan buat muka tak suka dengan kehadiran ana..
ya Allah..buntu...................

persoalan sekarang yang bermain dekat hati ana..
  • apa punca dia buat dekat ana macam ni
  • dan apa patut ana buat supaya masalah ni selesai


:)

Puncanya dia sajalah yang tahu jika anda sendiri pun tidak tahu. Ada orang ekspektasinya terlalu tinggi bahawa apabila bercakap dengannya kita mesti memandang ke wajahnya sebab bercakap sambil memandang ke arah lain itu juga adalah kurang sopan; dalam erti kata orang yang bercakap begitu (memandang ke arah lain) bererti dia tidak memberikan keutamaan tumpuan kepada yang bertanya itu. Ada orang mudah berkecil hati apabila ekspektasinya dia rasa termusnah dengan cara sebegitu.

Dalam Islam ada kaedah pesahabatan. Kawan sdri itu nampaknya dia tidak tahu kaedah itu... Berkawan ini pun kita kena juga melaksanakan dakwah, sebab:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.]


Bersifat ego itu sendiri adalah merupakan sifat kemungkaran... Mungkin hendak menegurnya itu barangkali adanya sekat-lakuan di pihak sdri untuk melaksanakannya secara berdepan empat mata. Namun masih ada jalan-caranya, iaitu beri dia baca.....Klik di sini. ($2). Copy & print dan jilidkan buat seperti bentuk buku molek-molek, lepas itu berikan kepadanya sebagai hadiah, biar dia baca. Jika segan nak berikan kepadanya secara berdepan, masukkan ke dalam sampul surat, poskan sajalah kepadanya.

Bukanlah mudah untuk mengubah sifat atau tingkah laku seseorang apabila ianya sudah menjadi perangai atai tabiat begitu lama. Namun berkta ilmu agama, ilmu itu sendiri bila masuk ke dalam qalbu, maka ilmu itu sendiri akan bertindak mengubah tingkah laku seseorang mengikut kehendak ilmu itu.

ILMU ==> KEFAHAMAN ==> KEYAKINAN ==> NILAI ==> SIKAP ==> TINGKAH LAKU.
di mana ==> membentuk.

Dengan memberi dia membaca stu bab dari Kitab bimbingan Mukmin itu bererti anda memberikan ilmu kepadanya. Bia dia membaca dia perolehi ILMU mengenai persahabatan, dan dia akan beroleh KEFAHAMAN. Bila sudah ada KEFAHAMAN maka terbetuklah KEYAKINAN olehnya mengenai cara bersahabat yang sebenarnya mengikut landasan Islam. KEYAKINAN itu pula akan membentuk SIKAPnya, dan bila SIKAPnya berubah sebagaimana yang dikehenaki oleh ILMU tadi, maka SIKAPnya yang baru itu akan mengubah TINGKAH LAKUnya.

Wasalam.


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: adikbelajar on 25 August, 2009, 06:33:27 PM
pada pendapat saya.....
mungkin ada sesuatu yang wardah dah buat kat dia yg dia x leh terima....
biasalah tu... dia tengah merajuk.... x salahkan mengalah.... mengalah bukan bererti lemah....lagipun wardah sayangkan dia sebagai sahabatkan....kalau masing2 x mgalah sampai bila2 pun x selesai.... kalau sy jadi wardah sy pergi jer minta maaf ngan dia walaupun dia wat muka cam ner.... lepas tu terpulang pada dia sama ada nak terima atau tak..... kalau dia wat x tahu, berilah dia sedikit masa ( mungkin dia x dpt terima apa yg wardah wat kat dia)..... wardah pun kenalah fikir positif pasal dia.... jgn mudah tpgaruh ngan rkn2 sekeliling.... kena bersangka baik.... lagi pun islam kan suruh umatnya bersangka baik, wardah x leh lah nak kata kwn wardah tu ego... kalau x nak kwn ego kenapa bkwn ngan dia....

so, kesimpulannya....
bersangka baik ngan org lain... lagipun tak der manusia yg sempurna...mengalah bukan bererti lemah.... kalau sygkan sahabat, jagalah sahabat tu baik2... kalau tak baik x payah kawan dgn dia.... dia pun ada hati dan perasaan....

maaf kalau pndapat sy emosional sikit sbb sy prnah mgalaminya....
yg baik dtg drp allh, yg buruk tu adalah klemahan diri sy sendiri...


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: alwahidatu_wardah on 25 August, 2009, 10:27:53 PM
Assalamu'alaikum...

Kepada saudari Wardah_asywak;
pd pndapat ana, baik saudari face 2 face dgn sahabat enti 2. Sbb ana ade pgalaman lbh kurang cam saudari. Ana ade kawan yg jenis suka meminjam barang orang n suka juga buat barang 2 macam dia yg punya. Ramai yg tak suka dia, tapi tak berani menyuarakan kerana takut kawan ana ni terasa..

satu hari, die hilangkan barang ana. Jadi, dia rasa bersalah and asyik minta maaf ngan ana. Ana pn rasa nak marah tapi tahan la. Tak selesai cam 2 jer. Dia wat muka ngan ana sebab dia ingat ana marah. Jadi, hari tu merupakan hari menyedihkan bagi dia sebab ana berhadapan dengan dia dan menyuarakan semua perkara yang tidak terungkai sebelum ni (perangai dia yg suka pnjam barang n wat hak sndiri).

Akibatnya, die dh tak pinjam barang orang. Kesan yg lain ag, kalu die nk ssuatu 2, die beli sendiri...bagus la dia dah berubah...moga-moga apa yg diceritakan ni dapat dijadikan pedoman wat semua..

Wassalam..::SELAMAT BERAMAL..::


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 01 September, 2009, 07:06:17 PM

Soalan


Bagaimana caranya untuk mengubat hati yang sakit?(Qalbun Maridh)harap ustaz dapat memberikan tip-tip atau amalan-amalan yang diperlukan untuk cuci hati yang sakit ini.


Jawapan

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang

memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang

membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar

menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa

sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran


Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Tajuk: Re: Menghadapi kawan yang ego dan sukar memaafkan
Dikirim oleh: Nuur_Addin_Leen on 01 September, 2009, 09:49:26 PM
Assalamualaikum...
Alhamdulilah kerana masih dipanjangkan umur lagi. Bagi saya, apa yang paling penting adalah sama ada kita mampu memaafkan dan wajar dimaafkan. Setiap perhubungan termasuk persahabatan, komunikasi adalah kunci kesejahteraan dalam menjaga kewangian harum persahabatan itu. Walaupun kini saya dan sahabat saya tidak semesra dulu namun sudah jarang berselisih faham. Mungkin masing-masing ambil jalan tengah untuk tidak mencampuri urusan peribadi masing-masing. Namun apa yang saya dapat? Sesungguhnya Allah itu maha pemurah. Jika diambil sesuatu itu, pasti Allah hadiahkan sesuatu yang lebih baik. Kini saya sudah berbaik semula dengan sahabat saya yang terputus ukhwahnya sejak tahun 2 di pusat pengajian. Setelah 4 tahun kemudian kami berjaya berbaik semula. Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana dikurniakan sahabat yang membawa saya ke jalanMu. Alhamdulilah...

dakwah.info

Muntalaq

Zaadut-Taqwa

Angel Pakai Gucci

Muharikah

Soal Jawab - Ustzh Maznah Daud

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP