ANA MULAKAN DENGAN LAFAZ MULIA BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
AHLAN WASAHLAN..
SELAMAT DATANG KE RUANGAN INSAN KERDIL BERKATA-KATA INI..

SESUNGGUHNYA..
YANG BAIK ITU DARI ALLAH..
YANG KURANG ITU ADALAH KELEMAHAN ANA..WASSALAM..

Abi..

Saturday, June 23, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
kisah bermula jam 8.11 pagi (22/6/2012)

Henset ana vibrate..
nama yg tertera di telefon:

'ukhti husna'
ana sengaja biarkan kerana kelas BEL dah bermula..
walaupon dalam hati tertanya-tanya,
'kenapa k.husna call nih?'
kemudian ia vibrate buat kali ke-2 ..
'ukhti husna'..
ana semakin risau..
namun masih belom ada kudrat untuk menjawabnya kerana menghormati
Madam Majdah yang sedang bersyarah dalam Bahasa Inggerisnya..

hatiku berdebar..
lalu digagahkan juga jari untuk menekan mesej ringkas..
'ada kelas'
ringkas sahaja mesej ana..
seketika selepas itu..
ana terima mesej dari sahabat yang lain..
Assalamualaikum.. salam takziah buat ukhti husna, ayahnya telah meninggal pagi ni.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
ana teros tersentap!
Subhanallah!
betapa sahabat ana begitu memerlukan ana saat tu!
tp.. ana x mampu bersamanya..
Allahu rabbi..
sejurus kemudian..
ana x mampu untuk tumpu dalam pelajaran..
ana x mampu untuk teros tumpu dalam BEL dan apa yang madam cakap...

Allahu..
tangan x berhenti menaip mesej..
hati x berhenti beristigfar..
sejam setengah kemudian!
tamat sahaja kelas tersebut..
ana teros berlari keluar untuk dapatkannya..

bila ana call dia..
suaranya sangat tenang seperti tiada apa yang berlaku..
subhanallah..
tabahnya dikau..

kami terus bersamanya disisi..
sehinggalah ke airport..
3.40 flight firefly ke subang...
kami terus berbincang tentang perkara lain..
tidak mahu emosinya kembali sedih..
namun..
pabila ada akhawat call..
air mukanya pasti berubah..
ya..
dia sedih sebenarnya..
Allahu..

perkara ini benar2 menjadi ibrah buat diriku..
sehingga saat ini..
(jam 9.00 malam..)
ana masih sedih dengan kejadian ini..
namun ana kini sedikit reda..
setelah menghubungi salah seorang sahabat ana..
beliau memberi tazkirah berkenaan kebergantungan terhadap Allah..

Ya!
sekali lagi ana terpukul!
inilah dia..
inilah hikmah dari ujian ini..
Allah mengambil salah seorang insan tercinta dalam hidupnya...
kerana mahu menguji sejauh mana kebergantungannya terhadap Allah..
subhanallah!
inilah juga ujian yang ditimpa Rasulullah pada tahun kesedihan...
seorang demi seorang insan tercinta Rasulullah diambil..
hanyalah untuk menguji kebergantungan Rasulullah kepadaNya..

Allahu..
sememangnya ujian Allah itu hanyalah untuk insan yang mampu menghadapinya..
benar!
hatiku belum benar2 kuat untuk menghadapinya..
Allahu..
Semoga ana benar2 menemui cintaMu itu..

wassalam..

dakwah.info

Muntalaq

Zaadut-Taqwa

Angel Pakai Gucci

Muharikah

Soal Jawab - Ustzh Maznah Daud

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP